1.0 BEDAH MINDA KRITIS UMAR R.A
Dalam era revolusi pemikiran kini, dunia memerlukan insan yang mempunyai minda
kritis tanpa mereka dunia akan lambat
bergerak, lesu serta tak berkutip umpama bunga yang sedang berada di musim
luruh. Satu hakikat yang harus kita terima gelombang kebangkitan islam semakin
berada di puncaknya begitu juga kebangkitan(thaurah) intelektualisme sedang
berkembang dan kita sendiri menyaksikan betapa segala kejumudan serta beku
pemikiran sedang dihancurkan oleh perkembangan arus semasa dengan kewujudan
laman sosial. Lantas, ini memberi ruang kreatif dan kritis terhadap
persekitaran masyarakat.
Sejarah telah mencatat betapa
pemikiran kritis membawa kepada tajdid terhadap perubahan iaitu kegelapan
kepada cahaya yang mana andai kita meneliti kisah kritis marthen luther[1]
menubuhkan Mahzab Protestan sehingga dapat memecahkan doktrin ajaran pope atau
Katolik yang sungguh zalim pada ketika itu. Atas perkembangan ini perlunya ada
satu modul untuk memandu pemikiran yang sedang berkembang lalu satu keperluan
bagi penulis untuk membedah minda kritis seorang tokoh mujaddid iaitu Umar r.a
yang banyak membawa cetusan atau modus operandi dalam pemikiran Islam kontemporari
kini.
Umar r.a adalah aktor di panggung
dunia yang banyak mencatur landskap kerohanian, ekonomi, sosio politik dan
kenegaraan. Atas percaturan yang dilakukan oleh Umar r.a membawa kita kepada
cetusan agar kita tidak takut untuk berfikir seperti mana disebut oleh Sheikh
Muhammad Al Ghazali[2]
“Aku tidak takut kepada sesiapa yang banyak berfikir meskipun
pemikirannya itu menyimpang, tapi apa yang aku takuti ialah apabila seseorang
itu tidak berfikir atau malas berfikir, kerana orang yang tidak berfikir akan
jauh daripada petunjuk dan hidayah tapi insan yang rajin berfikir akan dekat
dengan petunjuk dan hidayah tuhan”
Hal ini sinonim dengan firman Allah Swt
انما يتذكر اولو الالبب..
Maksudnya:
sesungguhnya orangg-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah
orang-orang yang berakal sempurna[3]
Al Quran
menyebut banyak kali berkaitan dengan akal dan Allah menyatakan bukti-bukti
kekuasaannya agar kita kritis dalam berfikir dan mengkaji. Firman Allah lagi :
فاعتبرو يأولى الأبصر..
Maksudnya:
Maka insaflah dan ambilah pelajaran (dari peristiwa itu) wahai orang-orang yang
berakal fikiran serta celik mata hatinya.[4].
2.0 KONSEP MINDA KRITIS
Sebelum
penulis meneruskan penulisan adalah bermanfaat untuk penulis membahas
pengertian minda kritis supaya kita dapat melihat secara umum betapa kritisnya
minda umar r.a. Seterusnya, minda kritis adalah gabungan daripada prosa kata
“minda” dan “kritis” manakalah kritis dari sudut bahasa ialah berasal daripada perkataan Inggeris
‘ Critic’. Namun begitu kata dasar ‘kritis’ merupakan perkataan Greek ‘Kriths’
( kritikos) yang bermaksud menimbang (judge). Menimbang pula membawa maksud
menilai (evaluates), membezakan (distinguishes), memutuskan (decide) dan
menyoal (question) sama ada sesuatu itu benar atau salah[5]. Dalam kamus Dewan
Bahasa dan Pustaka pula, perkataan ‘kritis’ ditakrifkan sebagai “tidak dengan
begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu malahan menimbangkan buruk
dan baiknya terlebih dahulu”[6]
Pemikiran
kritis dari sudut istilahnya membawa pengertian sebagai ikhtiar dan daya intelektual
dan moral untuk membangun, mempertajam dan memperhalusi serta mengembangkan
sesuatu bidang ilmu tersebut. Disamping itu, pemikiran kritis juga boleh
ditakrifkan sebagai pemikiran reflektif yang berusaha untuk memutuskan sama ada
untuk menerima atau menolak sesuatu maklumat. Ia juga turut menekankan tentang
soal fakta yang benar ataupun salah. Firman Allah dalam Al Quran:
(maksudnya) “Katakanlah (Wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan
orang-orang yang mengikutku menyeru kepada agama Allah berdasarkan bukti yang
jelas nyata. Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan
bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang
lain.” (Surah Yusuf: ayat 108).
Allah berfirman lagi dalam surah al-Isra’ ayat 36:
“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan
tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu akan
dipertanggungjawabkan”.
Imam Al
Qatadah ketika menafsir ayat ini beliau menyatakan :
“Janganlah
engkau mengatakan engkau Nampak sedangkan engkau tidak Nampak, dengar sedangkan
engkau tidak dengar dan tahu sedangkan engkau tidak tahu.”
Begitu
juga dengan Dr Hamka ketika menafsir ayat ini bahawa
“Dalam
hidup beragama amat diperlukan penggunaan pendengaran, pnglihatan dan hati bagi
meneliti dan mengkaji. Kerana umum mengetahui amalan yang sunnah dan bid'ah
sukar dibezakan oleh itu wajib kita mengkaji dan meneliti sebelum beramal” [7]
Dalam
membahas atau mengemukakan hujah para sarjana, di atas bukanlah tujuan penulis
untuk membahas sesuatu amalan bid'ah atau merungkai pengertian bid'ah secara
khusus tetapi ingin menyatakan bahawa betapa islam menginginkan ummatnya mempunyai
minda kritis dalam menilai sesuatu hujah atau pandangan yang datang secara teks
dan konteks dengan lebih ilmiah. Hal ini sinonim dengan kata-kata seorang
ilmuan.
“Sesuatu
laporan ataupun, kisah ataupun teks yang hendak dianggap benar bagi dikaitkan
dengan islam perlu dinilai secara kritis untuk mengkaji sejauh manakah
kesahihan maklumat itu”[8]
3.0 PERMULAAN KE ISLAMAN
Umar r.a
lahir daripada tamadun atau madrasah Agung
Rasulullah SAW yang mana madrasah ini telah mendidik(tarbiyyah) sehingga
beliau menjadi salah seorang sahabat yang banyak mewarnai(tajdid) terhadap
da'wah rasulullah serta keislaman beliau sering dikaitkan(diiktibakan) kepada
pencerahan dan kekuatan terhadap da'wah Rasulullah secara terang-terangan yang
sebelum ini da'wah Rasulullah hanya berada dalam keadaan senyap(sirrud
da'wah). Ketika Umar r.a menyatakan
keislamannya secara terbuka di rumah Al Ar qam bi Abi Ar qam lalu Umar r.a
bertanya(berdialog) kepada rasulullah:
Ya
Rasulullah, adakah agama ini benar selamanya sehingga nyawa berada dihujungnya??
Tuntas rasulullah menjawab. Ya, demi sesunggunya nyawa ku di atas kekuasaannya
agama ini adalah agama yang benar sehingga nyawa berada dihujungnya.
Lalu Umar
berkata lagi, kalau begitu mengapa kita perlu bersembunyi?? Demi sesunggunya ya Rasulullah engkau mesti mengeluarkan kami dari persembunyian ini. Tuntas
rasulullah mengarahkan buat dua barisan yang mana barisan pertama dipandu oleh
Hamzah r.a manakalah barisan kedua dipandu sendiri oleh Umar r.a dan
berkumpul(berdemonstrasi) di depan masjidil Haram lalu ketika orang kafir
Quraisy melihat Umar r.a dan Hamzah r.a
besarlah kebencian mereka terhadap kami pada ketika itu[9]
Betapa kritisnya Umar r.a yang tidak hanya menerima atau mengikuti secara membabi buta
tanpa mengkaji dan menilai untuk menguatkan kekuatan dan keimanan kepada Allah
SWT dan Rasulnya. Bahkan peristiwa
dialog ketika keislaman Umar r.a menjadi hujah kepada Ulama kontemporari
terutamanya Dr Yusuf Al Qharadawi untuk mengeluarkan(istimbat) hukum keharusan
perhimpunan aman(demostrasi) bagi menjawab persoalan terhadap insan yang
memutuskan demonstrasi aman adalah haram secara tetap(qati'e).
Apa yang
kita lihat dalam peristiwa keislaman Umar r.a dan dialog Umar bersama
Rasulullah SAW menunjukan betapa pemikiran kritis Umar r.a bersifat kritikal iaitu boleh difahami sebagai
menimbang yang membawa maksud menilai, membezakan, memutuskan dan menyoal sama
ada sesuatu perkara itu benar atau salah.
4.0 MINDA KRITIS UMAR R.A
DALAM PENTADBIRAN
Antara perkara penting yang penulis ingin sampaikan ialah betapa pemerintahan
Khalifah Ar Rasyidin khususnya Umar r.a banyak dilihat menyalahi sunnah
Rasulullah andai kita melihat secara zahir(lateral) tanpa melihat dengan nas
dan konteks yang luas serta mengaitkan dengan pemikiran Kritis dan inovasi dalam
pemerintahan Khulafa Ar Rasyidin khususnya pemerintahan Umar r.a. Apa yang
harus kita maklum dalam melihat percanggahan antara kepimpinan Rasulullah dan
para sahabat ialah kita harus bijak membezakan komposisi antara Nabi Muhammad
yang bersifat seorang Nabi dan bersifat seorang pemimpin. Ini
bermakna tingkah laku Nabi dalam pemerintahan merupakan asas dalam menjaga
maslahat(kebaikan) ummat secara total atau keseluruhannya yang mana ianya
dilakukan oleh Nabi pada zaman
pemerintahan
Baginda. Maslahat yang wujud pada zaman Baginda boleh berubah dan perkara yang berkaitan
dengan maslahat ini boleh menerima perubahan. Ketika melakukan perubahan
ini, seseorang khalifah yang menggantikan Nabi dalam menegakkan agama dan
menguruskan dunia dengannya hendaklah memelihara maslahat baru. Perkara ini
tidak dikira menyalahi perbuatan Nabi, bahkan pada hakikatnya dikira sebagai
menuruti Nabi dalam cara yang dijalankan oleh Baginda, iaitu cara pemimpin
memelihara maslahat umat ketika zaman permerintahannya. Perkara ini bertepatan
dengan hadith sahih yang diriwayatkan oleh
Imam Muslim
daripada Aishah dan Anas :
انتم اعلم بأمردينكم
Ertinya: “Kamu lebih mengetahui urusan dunia kamu”.
Ertinya: “Kamu lebih mengetahui urusan dunia kamu”.
Ransangan
inilah yang menjadikan Umar melakukan perubahan di dalam banyak perkara
yang dinamakan
sebagai “اوليات عمر ".
Beliau mendapat petunjuk di dalam kerja- kerja beliau dengan melakukan
perbincangan dengan para sahabat terutamanya Ali bin Abi Talib[10]
Selain itu,
dalam penetapan kelander Hijrah dan penetapan bayaran jizyah misalnya
menonjolkan lagi ke kritisan Umar r.a
apabila Umar r.a mengubah pandangan beliau dalam menetapkan
kadar jizyah
berbeza dengan apa dilakukan oleh Nabi. Beliau adalah seorang yang amat teliti
terhadap al
Quran dan sunnah Rasulnya.
Dalam satu
hadith Nabi bersabda :
Ertinya: Nabi
telah mengutuskan Muaz bin Jabal ke Yaman, dan Nabi memerintahkan supaya beliau
mengambil jizyah daripada setiap orang yang baligh satu dinar atau yang sama
kadar dengannya iaitu daripada mu`afir. Al
mua`fir ialah pakaian Yaman yang popular. Maknanya diharuskan bagi beliau
untuk mengambil daripada golongan non muslim yang telah baligh sebagai
ganti kepada duit :
pakaian yang
ditenun di Yaman dengan kadar yang sama dengan dinar yang diperlukan. Ini
adalah untuk memudahkan dan memberi keringanan kepada mereka.Inilah perkara yang
diarahkan oleh Rasulullah terhadap Muaz, dan Muaz telah melaksanakannya di
Yaman dengan mengambil jizyah sama ada dengan bayaran dinar atau pakaian Yaman
yang menyamai kadar satu dinar tersebut. Tapi kita melihat bahawa Umar
mempunyai pandangan yang berbeza pada zaman
pemerintahannya
di dalam penetapan jizyah ke atas penduduknya.
Beliau bukan
sahaja tidak komited dengan pembayaran dinar atau sesuatu yang menyamai
kadarnya, di samping tidak menetapkan satu kadar sahaja bagi semua orang,
bahkan telah membahagikan jizyah itu kepada tiga peringkat menurut tahap
kemampuan mereka yang dikenakan jizyah. Maka di sana terdapat peringkat tinggi,
peringkat pertengahan, dan peringkat rendah. Setiap peringkat ini sesuai dengan
peringkat kemampuan orang yang dikenakan jizyah. Para sahabat memperakui
pandangan Umar ini dan tidak mengganggap perkara ini bertentangan dengan apa yang
ditunjukkan oleh Nabi. Lalu ia boleh dianggap sebagai ijma’ para sahabat juga.
Umar telah
menetapkan had tertinggi bagi jizyah adalah sebanyak empat puluh lapan
dirham, had
pertengahan pula adalah sebanyak dua puluh empat dirham, dan had terendah pula
adalah sebanyak
dua belas dirham. Pandangan ini telah dipegang oleh mazhab Hanafi.
Dalam satu
riwayat yang lain, beliau telah menetapkan ke atas ahli emas (wang emas)
sepertimana
yang ditetapkan ke atas penduduk Sham : empat
dinar, ahli perak (wang perak)
sepertimana
yang ditetapkan ke atas penduduk Iraq : empat puluh dirham. Perkara ini telah
diriwayatkan
oleh Abu Ubaid dalam kitabnya dan pandangan ini dipegang oleh mazhab
Maliki.
Maka dalam
perkara ini dapatlah dilihat bahawa Umar r.a juga mempunyai minda kritis
bersifat analisa iaitu pemikiran kritis yang memberi
perhatian terhadap unsur, elemen, bahan, perkara satu persatu dan bertujuan
menghurai dan meneliti satu persatu sesuatu perkara itu mengikut kesesuaian.
5.0 MINDA
KRITIS UMAR TERHADAP SYARIAT
Dua peristiwa
penting yang ingin penulis kongsikan dalam melihat sesi minda kritis Umar r.a
dalam pembentukan syariat dan lapangan nas serta keluasan fiqh yang sentiasa
berubah mengikut illah, suasana, tempat, kondisi dan masa iaitu:
1) Umar r.a
menghentikan hukuman hudud bagi pencuri pada tahun kebuluran (Al maja'ah)
2) Umar r.a
menambah bilangan hukuman rotan bagi peminum Arak (khamar)
1) Umar
r.a menghentikan hukuman hudud bagi pencuri pada tahun kebuluran (Al maja,ah)
Pada tahun kebuluran (Al maja,ah) Umar r.a menghentikan hukuman
hudud(potong tangan) bagi pencuri. Penulis yakin dan percaya para pembaca arif
berkenaan hukuman had(hudud) bagi pencuri iaitu potong tangan dan ini
bertepatan dengan nas pensyriatan Al Quran yang menyebut:
والسارق والسرقة فاقطعوا أيديهما جزاء
بما كسبا نكلا من الله, والله عزيزحكيم
Maksudnya:
Dan orang lelaki yang mencuri dan orang
perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah
tangan mereka sebagai satu balasan dengan
sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai)
suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan
(ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”.[al
Maidah : 38].
|
Dalam
ayat ini jelas ianya qati'e(perkara yang putus) dan dimaklumi seluruh nas Al
Quran adalah bersifat qati'e(perkara yang putus) tanpa pertikaian. Lalu
persoalannya, mengapa Umar r.a menghentikan suatu hukuman yang telah putus
daripada Al Quran? Dan adakah Umar r.a mengubah hukum yang telah shabit
daripada Al Quran dan hadith bahkan nabi sendiri bersabda:
“Andai yang mencuri itu adalah
Fatimah aku akan memotong tangannya” [11]
Semua persoalan
ini adalah tanda minda Kritis Umar r.a apabila dijawab dan ditegaskan oleh Sheikh Al Madani dengan katanya: Umar sebenarnya
tidak menghentikan pelaksanaan nas, tidak
mengubahnya dan
tidak memansuhkannya, tetapi beliau memahami bahawa pengambil harta pada tahun
al maja`ah(kebuluran) tidak dikategorikan sebagai pencuri. Ini kerana dia
mengetahui haknya pada apa yang diambil. Mencuri pula ditakrifkan sebagai
mengambil harta orang lain tanpa hak secara sembunyi.
Ditambah lagi
oleh Dr Qharadawi
“antara
asas-asas Islam yang qat`ie, saling bantu-membantu
antara manusia.
Ini bermakna menjadi fardu kifayah kepada masyarakat unutk menghulurkan
bantuan kepada
mereka yang ditimpa musibah dan menjauhkan mereka dari lembah darurat. Jika
masyarakat
tidak menjalankan kewajipan ini kepada golongan terdesak ini maka
berdosa. Manakala orang yang terdesak ini boleh mengambil apa yang memenuhi
keperluan asasnya dan menjauhkan daruratnya.”
) 2) Umar r.a menambah bilangan
hukuman rotan bagi peminum Arak(khamar)
Andai kita
melihat atau membuka kitab-kitab fiqh yang muktabar pasti kita akan menemui
perbezaan(khilaf) antara ulama dan sarjana islam dalam menetapkan bilangan
hukuman terhadap peminum Arak. Ini kerana perbuatan Umar r.a dalam menambah
bilangan sebatan terhadap peminum Arak yang asalnya 40 di zaman nabi menjadi 80
kali sebatan di zaman pemerintahan Umar r.a apabila menerima cadangan Abdur
Rahman bin Auf( Hal ini ada direkodkan oleh Imam Muslim)
Di sini
menunjukkan betapa Kritisnya Umar r.a dalam melihat masla'ah(kebaikan) dan fiqh
lapangan yang luas sehinggakan natijahnya meninggalkan pembahasan dikalangan
sarjana bahawa adakah hukum bagi peminum Arak dibawah hudud atau takzir? Dan
ini membuka ruang dan skop kepada keluasan fiqh dan muhasinin Islam(keindahan Islam) kepada mata dunia tanpa ada pertikaian.
Sebenarnya,
dalam penulis mengemukakan persoalan di atas bukanlah tujuan penulis untuk
membahas hukum atau persoalan khilaf dalam pembahasan fiqh yang luas ini. Pada
hemat penulis kita serahkan kepada ahlinya dalam membahas,merungkai dan
menghurai khilaf yang berlaku dikalangan sarjana dalam melihat nas yang
pelbagai. Apa yang penulis ingin sampaikan bahawa betapa Umar r.a mempunyai
minda yang sangat kritis andai kita melihat pemikiran beliau dengan konteks dan
skop yang dilakukan oleh Umar r.a serta dipadukan dengan pengkajian yang luas.
Lalu, dapatlah kita lihat apa yang dilakukan Umar r.a membentuk minda kritis
bersifat tidak bias atau tidak berat
sebelah. Tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam meletakkan sesuatu keputusan.
Bersifat neutral dan tidak berat sebelah membolehkan ia rasional dan waras
dalam membuat justifikasi sesuatu perkara.
KESIMPULAN
Umar r.a adalah
insan yang sangat tinggi taqwanya sehingga dikhabarkan oleh Ibnu Katsir dalam
kitabnya Bidayahtul hidayah Umar r.a paling banyak menangis dan menginsafi dirinya
sehinggakan penerapan elemen taqwa iaitu cinta,takut dan harap sangat sinonim
dalam diri beliau. Tambah Ibnu Katsir lagi, disebabkan Umar r.a adalah insan
yang lembut hati dan lapang dada lalu diwajah Umar r.a ada tanda hitam seperti
air yang mngalir di kedua lopak matanya dan hal ini menjadi bukti Umar r.a
adalah insan yang selalu menitiskan air mata keinsafan kepada Allah Azza wa
jal.
Sebenarnya banyak perkara Kritis yang dilakukan oleh
Umar r.a adapun yang penulis sebutkan di atas hanya secara umum tanpa mnyentuh
perkara yang lebih khusus kerana ruang dan batas yang cukup terhad.Selain itu,
semua perkara atau element yang penulis paparkan adalah bukti bahawa betapa Islam sangat mementingkan ummatnya berfikiran kritis bagi bersaing dengan dunia
tanpa sempadan ditambah lagi dengan lapangan teknologi yang sentiasa berkembang
saban hari. Lalu, pada hemat penulis sistem pendidikan khususnya harus peka
dengan perkembangan yang berlaku pada hari ini andai tidak diambil perhatian
penulis yakin dan percaya pasti sistem pendidikan Negara khususnya akan
ketinggalan oleh dunia. Kata Umar r.a
“didiklah anak mu mengikut zamannya bukan mendidik seperti zaman
mu”
Betapa Umar r.a
sangat menitikberatkan sistem pendidikan harus cakna dengan perkembangan semasa
lalu bijak bermain dengan perkembangan arus perdana pada hari ini supaya Islam
sentiasa dilihat fleksibel dalam mendepani arus perubahan zaman. Bak kata
Aktivis Mahasiswa :
“ Jangan
menjadikan sekolah seperti penjara dan Universiti seperti kilang yang tahu
melahirkan produk untuk memenuhi kehendak pasaran”
Akhir kalam,
Andai ada khilaf atau perbezaan pandangan betapa Islam sangat mengalu-alukan
kerana perbezaan itu adalah rahmat tetapi dengan syarat bahawa setiap perbezaan
mesti didahulukan dengan hujah dan fakta “Hujah harus dilawan dengan hujah”
disamping memaparkan akhlak yang mulia supaya pastikan dalam berhujah
masing-masing mengeluarkan equal(kuasa) yang baru untuk berlapang dada kepada
satu equal yang lebih berkuasa. Inilah
tanda betapa islam menyeru supaya kita sentiasa kritis dalam segenap perkara
Firman Allah
SWT
maksudnya) “Dan
janganlah kamu berbahas dengan Ahlul Kitab melainkan dengan cara yang lebih
baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim antara mereka; dan katakanlah
(kepada mereka): “Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami
dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga
Tuhan kamu, adalah satu; dan kepadaNyalah, kami berserah diri.” (al-Ankabut:
ayat 46).
Wallahualam/Bismillah
Rahmat Islah
Rahmat Islah
_________________________________________________
Nota kaki
[1] 1482-1546
merupakan era pencerahan kepada masyarakat eropah dengan munculnya sang
pencerah iaitu Maltirn luther. Beliau adalah theologian Kristian di German.
Professor theology di Wittenberg. Bangkit menentang apa yang disifatkan
penyelewengan, bid,ah, salahguna kuasa dan pelbagai kesalahan lain yang merebak
dalam ajaran Kristian ketika zamannya. Sehingga akhirnya, terasasnya Mazhab
Protestan.
[2] pergolakan pemikiran Sheikh Muhammad Al Ghazali
[3]
[4]
[5]
Mohd Azhar Ab. Hamid (2001), Pengenalan Pemikiran Kritis dan Kreatif.
Skudai. Penerbit
[6] Kamus
Dewan Bahasa dan pustaka edisi ke 4
[7] Tafsir
Al Azhar juzu 15 ayat 36
[8]
Travelogi minda tajdid dalam bab mengukur maklumat.
[9] di
riwayatkan oleh bukhari dan muslim serta dijadikan sumber hukum pengharusan
Demonstrasi oleh para sarjana kotemporari dalam kitab Thaurah syahab karangan
Dr Yusuf Al Qhaeadawi.
[10] Dr
Zaharudin.Net
[11] di rekodkan oleh jamaah muhadith
(Artikel ini telah dibaca oleh 222 pelawat)
(Artikel ini telah dibaca oleh 222 pelawat)