Friday 13 December 2013

Menuju Baitul Muslim, Oh Indahnya..



Baitul Muslim adalah satu impian  seluruh kaum muslimin sama ada ia berpendidikan secular ataupun agama, pasti akan mengimpikan keluarga yang mempunyai nilai agama[1] untuk bersama-sama melangkah ke syurga kerana diyakini bahawa syurga atau neraka adalah ending sebuah kehidupan. Seterusnya, satu fitrah atau realiti bahawa manusia diciptakan mempunyai naluri berpasang-pasangan begitu juga alam yang Tuhan jadikan ini cukup complex dengan pelbagai biology serta hidupan yang mempunyai pasangan, indahnya Tuhan menciptakan kita sehinggakan fitrah berbisik bahawa kita saling memerlukan antara satu dengan yang lain. Sepertimana sabda Nabi yang di rekodkan oleh imam Bukhari dan Muslim :

“Aku wasiatkan kamu untuk menjaga kaum muslimat dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan dengan tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah di bahagian atas”[2]

Meskipun para mujtahid khilaf tentang pengertian penciptaan wanita daripada tulang rusuk tetapi umum mengetahui wanita itu bengkok kerana diciptakan dari tulang yang bengkok andai insan yang mendampinginya juga adalah bengkok siapa yang hendak meluruskan tulang yang bengkok ini? Betapa Islam itu adalah penyelamat kepada jiwa yang ingin menghayatinya dan yang mahu mengikuti setiap ajarannya. Selain itu, menunjukkan betapa hidup ini saling memerlukan antara satu dengan yang lain.

Persoalannya apa itu Baitul Muslim?, bagaimana menuju Baitul Muslim?, dan bagaimana mengurus Baitul Muslim? Maka semua persoalan itu akan cuba penulis kongsikan menerusi kertas kerja yang ringkas ini.


Nabi SAW bersabda yang di riwayatkan oleh Imam Termidzi dan Imam Ahmad :

Apabila datang kepadamu seorang laki-laki datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya maka nikahilah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi." 

Apa itu Baitul Muslim?


Andai kita membahas berkenaan Baitul Muslim penulis yakin bahawa kita akan membayangkan konsep rumah tangga yang agak islamik bagi yang telah mendirikan rumah tangga. Bagi yang masih menanti mereka akan membayangkan Baitul Muslim adalah bab mencari jodoh atau calon yang agak islamik. Adakah itu pengertian Baitul Muslim dan adakah insan berketerampilan islamik yang kita harapkan wujud dalam hidup kita? Kalau kita menelusuri beberapa tokoh ilmuan yang berbicara berkenaan dengan Baitul Muslim mereka akan mengatakan bahawa :

Baitul Muslim adalah satu konsep untuk kita nampak keperluan wujudnya keluarga yang diredhai Allah, keperluan mencari isteri atau suami yang diredhai Allah, keperluan mentarbiyah anak agar membesar dalam keredhaan Allah, seterusnya menjadikan keluarga kita keluarga contoh kepada masyarakat, juga bersama-sama redha Allah. Inilah Baitul Muslim, ke arah mardhatillah”[4]

Redha Allah adalah salah satu tujuan nilai sesebuah kehidupan di muka bumi tanpa redha Allah pasti apa jua pekerjaan yang kita lakukan akan diiringi bebanan. Analogi mudah iaitu andai kita seorang pelajar pasti pelbagai bebananan, tugasan, Assignment dan persatuan yang terpaksa kita sertai sehinggalah akan menjadi serabut, stress dan kelu kesah. Begitu juga sekiranya kita dalam menuju Baitul Muslim pasti secara psikologinya akan mengalami pelbagai bebanan andai tidak diurus dengan cermat dan teratur disertai dengan taqwa dan redha Allah. Sepertimana Allah berfirman di dalam Al Quran :

وعدالله المؤمين والؤمنت جنت تجرى من تحتها الأنهر خلدين فيها ومسكن طيبة في جنت عدن. ورضون منالله أكبر...

Maksudnya:   Allah menjanjikan kepada kaum mu'min lelaki dan perempuan (akan mendapat) syurga yang di bawahnya mengalir  sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dan mendapat tempat yang baik di syurga “Adn” dan keredhaan Allah lebih besar….

(Surah: Taubah ayat 72)

Setelah Allah menceritakan segala nikmat yang berada di Syurga, tuntas Allah menyebut  bahawa keredhaan Allah itu lebih besar dari segala nikmat yang dikhabarkan, Andai keredhaan Tuhan bukan terletak di hati  pasti tiadalah makna sebuah cinta, suka dan gembira. Itulah mengapa seorang sufiyyah yang terkenal iaitu Rabiyyatul Adawiyyah  bermadah :

“Bagiku redha Allah itulah yang aku harapkan, walaupun di mana hendak aku diletakkan asalkan itu adalah redha Allah pasti Aku tidak memilih”.



Bagi penulis Baitul muslim bukanlah hal mengetahui dan memilih bagaimana ciri-ciri pasangan hidup tetapi ia lebih kepada bagaimana pembentukan keluarga dan rumahtangga Islam. Antara yg terpenting sebelum membicarakan Baitul Muslim, perlu dipastikan penghayatan dan pembentukan fardhu muslim ( individu muslim) diselesaikan dan dikuasai terlebih dahulu. Ini kerana marhalah tarbiyah adalah bermula dari individu muslim kepada Baitul Muslim, kepada mujtamak muslim  ( masyarakat muslim), negara Islam dan seterusnya khilafah Islam.  Amatlah tidak layak apabila ada yang bercita-cita untuk berbaitul Muslim tetapi mempunyai masalah dalam peribadi muslimnya kerana Baitul Muslim bukanlah semata-mata ‘ agensi mencari jodoh orang-orang baik’. 


Bagaimana menuju Baitul Muslim?


Ketika melihat insan yang kita minat pasti hati yang Allah berikan ini akan tersentuh dan bermadah ditambah lagi ketika ditiup dengan angin sepoi-sepoi bahasa di tepi pantai lalu terbit kata-kata yang tidak bisa diungkap kerana ada bentang syariat yang menghalang rasa untuk dicurah.  Andai perasaan itu muncul penulis mengatakan mintalah fatwa dari hati berdasarkan sebuah hadis yang telah diceritakan, seorang sahabat datang menemui Rasulullah SAW untuk bertanyakan mengenai kebaikan sesuatu perkara. Sahabat itu iaitu Wabishah bin Ma’bad R.A telah menceritakan:

Aku mendatangi Rasulullah, lalu baginda bertanya, “Engkau datang untuk bertanya tentang kebaikan?”
Aku menjawab, “Benar.” Maka baginda bersabda, “Tanya fatwa dari hatimu. Kebaikan ialah perkara yang menenangkan jiwa dan hati kepadanya. Sedang dosa ialah perkara yang mengganggu jiwa dan menyempitkan dada, kendati manusia telah memberikan fatwa kepadamu dan terus menfatwakannya kepadamu.” (hadith hasan, riwayat Ahmad dan ad-Darimi).

Kata Ustazah Fatimah Syarha :

Hati orang Mukmin ialah hati yang sihat, cergas dan ceria. Manakala hati orang yang fasik (berdosa) adalah hati yang sakit dan resah. Dosa itu akan mengundang gelisah dalam hidup walaupun dari segi zahir kita melihat mereka ini dilimpahi oleh nikmat duniawi yang melimpah ruah”.

Ini juga sinonim dengan kata Imam Ibnu Qayyim :
“Hati yang suci adalah syarat keimanan dan keyakinan yang berkualiti”[5]

Cara menuju Baitul Muslim :
  1.      Kenali kriteria bakal suami sebelum kahwin
  2.         Redha agama dan akhlak
  3.         Ibu bapa restu
  4.         Pikat ibu mertua
  5.       Proses   *Risik
Menurut Ustazah Fatimah Syarha dalam buku yang bertajuk “Cinta High Class”
1) Semua orang hendak keluarga yang bahagia dan soleh
 * Ikut apa yang Rasulullah SAW kata - pilih wanita kerana 4 sebab: hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Pilihlah agamanya.

2) Jodoh melalui istikharah (mendapat ketenangan dan urusan dipermudah) dan musyawarah

3) Mengurat parents dahulu. Cari apa yang parents bakal pasangan suka dan tak suka.

Bagaimana mengurus Baitul Muslim?


Sebelum kita mengurus sesebuah rumahtangga supaya wujud nilai dan kasih sayang serta kesetiaan perlu bakal suami ataupun isteri mendalami nature  ataupun sifat muslimin dan muslimat. Dalam Al Quran surah An nisa Ayat 34 Allah berfirman menerangkan nature lelaki dan perempuan yang bermaksud.

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.”

Satu hakikat yang  harus kita faham bahawa setiap insan yang Allah ciptakan pasti berbeza kerana masing-masing mempunyai jalur fikir yang berbeza. Selalu kita dengar perkataan ini “wahdatul fikr wa wahdatul Amal” iaitu kesatuan berfikir dan kesatuan bekerja bagi penulis perkataan ini bersifat khusus dan tidak boleh digunakan kepada umum (eksklusif – inklusif) kerana mana mungkin kesatuan pemikiran itu berlaku walhal pemikiran itu fitrahnya berbeza dan mempunyai jalur fikir yang berbeza(different).

Begitu juga perempuan dan lelaki  dijadikan berbeza dari pelbagai aspek. Antara yang selalu di perkatakan adalah:

Sifat lelaki mempunyai 9 logik dan 1 emosi  - membolehkan mereka menjadi pemimpin sifat wanita mempunyai 1 logik 9 emosi - membolehkan mereka menjadi follower.[6].

Persoalannya, bagaimana kita mengurus sebuah Baitul Muslim yang mempunyai ragam, jalur fikir dan emosi yang berbeza?  Semuanya akan terurus andai kita menjiwai  sifat nature peribadi seseorang seperti memahami secara umum  psiologi atau ciri-ciri, tingkah laku dan kehendak pasangan. Analogi yang mungkin kita fahamai iaitu andai kita diberi pilihan untuk ketenangan, kita memilih sama ada mendengar bunyi ombak di pantai atau bunyi mesin di kilang? Pastinya kita memilih mendengar bunyi ombak di pantai kan?. Pernah terfikir tak kenapa? kerana alam semulajadi itu kepunyaan Allah, dan semua makluknya bertasbih kepada Allah lah yang membuatkan kita tenang “ fitrah semulajadi dan kehidupan”

Selain itu,  pengurusan kewangan juga perlu untuk menuju Baitul Muslim. Bagi penulis tidak semestinya Baitul Muslim hanya boleh dibahterahi oleh insan yang bekerjaya sahaja, sebenarnya sejarah telah membuktikan ramai yang berstatus pelajar memilih untuk mebahterahi Baitul Muslim misalnya Dr Farhan yang sanggup mengumpul duit berniaga di pasar malam ketika masih belajar di UIA  untuk meminang seorang gadis.

Menurut Tuan Suzaidi Muran pastikan ketika berumah tangga elakkan konflik kewangan seperti hutang Bank, hutang kereta dan  hutang rumah terlalu besar sehingga seri dan warna warni Baitul Muslim pudar disebabkan ketegangan dan stress. Tambah beliau lagi, untuk perbelanjaan kahwin pecah-pecahkan yang mana yang wajib (perlu) dan yang sunat (tak perlu pun takpe). Antara cadangan yang paling daring adalah jemputan hanya 100 orang yang rapat sahaja. Kenapa kena ada perbelanjaan yang rapi? takkan kita nak jadi Raja sehari tetapi hamba hutang selama sepuluh tahun.

Sementara itu, kesan kepada pengurusan Baitul Muslim akan melahirkan ketenangan(mutmainnah), kebahagiaan dan generasi yang mempunyai nilai yang baik.

Tarbiyyatul Aulad adalah hidangan yang perlu ada dalam mendidik Generasi Y kini yang cukup matang dengan teknologi kerana kata Umar Al Khatab :
“didiklah Anakmu di zamannya bukan seperti zamanmu”

Menunjukkan Kreativiti dalam mendidik perlu ada di samping tidak menyekat arus yang sentiasa berubah. Menurut Dr Abdul Basith  mendidik atau mentarbiyyah anak mempunyai tiga kaedah  iaitu:

1) Mendidik dengan fitrahnya, itulah  kenapa kita digalakkan mengazankan anak-anak yang baru lahir? Ini         kerana kita hendak mengenalkan kepada mereka kalimah Allah dan Rasulullah. 

2) Didik dengan doa iaitu sentiasa mendoakan anak-anak dengan air mata. Tambah beliau lagi, tempat dan waktu doa mustajab ialah:
  1. Ketika berjalan-jalan-menaiki kenderaan
  2. Ketika makan
  3. Waktu anak sakit 
  4. Beri bekerja anak-anak 
  5. Doa di dua per tiga malam
3) Amalkan doa Doa supaya anak menjadi soleh/solehah adalah: Doa Nabi Zakaria:  Surah Al Imran : 38

Solusinya, berdoalah untuk mendapat insan yang Allah cinta dan dia cinta kepada Allah kerana jodoh itu dalam kekuasaannya. Mintalah fatwa dari hatimu dan jangan mencari kebahagian selain dari jalan Tuhan kerana hati akan jadi tenang dengan permulaan yang baik yang mmbawa kepada ending yang baik. Oleh itu gunakan fungsi hatimu dengan sebaik-baiknya kerana iman bermaksud percaya dan percaya itu berhubungkait dengan hati. Andai Presiden Jepun yang tidak memahami kalimah IMAN boleh melafazkan dengan hati ketika Tsunami 2011 yang melanda Jepun, ketika itu Presiden Jepun mengatakan “saya yakin dan percaya bahawa dalam masa dua tahun Tokyo akan kembali seperti sediakala” betapa kalimah “IMAN” mereka gunakan untuk menarik nilai-nilai positif yang bersatu dengan alam supaya kekuatan dalaman akan terhasil. Jesteru, percayalah dengan fatwa hatimu dan hatinya di samping doanya dan doa mu akan berbisik kerana doa yang tulus dan penuh dengan iman akan sentiasa berbisik kerana doa itu berbicara dalam sujudmu dan sujudnya.

-------------------------------------------------------
Nota kaki


[1] nilai agama yang dimaksudkan bukanlah insan yang semata2 mmpunyai  latar belakang pendidikan ugama. Tidak kisahlah ia datang dari pendidikan apapun andai seseorang itu menjadikan Islam sebagai cara hidup maka nilai agama telah sebati didalam diri seseorang.

[2] Hadith ini adalah direkodkan oleh Imam Bukhari dan Muslim. Antara ulama yang berpegang dengan Hadith ini adalah sahabat Abdullah Bin Abbas,  Abdullah bin Mas,ud, Ibnu Munzir, Ibnu Humaid dan hampir menjadi jumhur para sahabat. Tetapi ada khilaf di kalangan Imam2 Mujthid( sila rujuk Tafsir Al Azhar karangan Dr Buya Hamka)

[3] Persandingan yang berkonsepkan islamik

[4] Dr Farhan…

[5] Ibnu Qayyim dalam kitab kesan dosa dalam hidup

[6] Ustaz Mohammad Ridhouddin seorang pensyarah fakulti usul Fiqh di INSANIAH. Seterusnya beliau             pernah di berikan Anugerah cemerlang UiTm ketika menjadi Pensyarah di sana.

(Artikel ini telah dibaca oleh 343 pelawat)

No comments:

Post a Comment